Sunday, 3 October 2021

Rasa yang sama.

Tak disangka
Hati diketuk untuk keberapa entah kalinya
Mungkin rasa sesuatu pada waktu itu kembali
Menjentik relung hatinya
untuk tertarik
Di sebuah senyuman yang terhias susun elok
putih giginya

Hanya kerana senyuman 
Diri ini jadi terpaut jua
Mungkin juga kerana 
dia pernah hadir menjadi
sebahagian cerita juga memori 
Dan mungkin juga kerana 
kenangan yang tersimpan kemas dalam 
folder laptop 
Menampakkan 2 senyuman 
berbagai rasa
Rasa yang tersembunyi rahsia.

Saturday, 3 July 2021

rasa yang salah

Ketika hati mula yakin 
Dia pergi
Dan aku pun pergi
Cuba menerima hakikat walaupun sakit

Dan bila hati ini
Dijentik untuk rasa sesuatu
Tapi darjat seolah memberi amaran
Aku cuba abaikan
Dan bila hati beristikharah
Hati ku menduga
Duga ku untuk pergi
Dan undur diri

Mungkin rasa ini salah

Wednesday, 30 June 2021

hanya seketikakah rasa itu

Tak mudah untuk jatuh suka
Apa lagi jatuh cinta
Tak mudah juga untuk beri rasa
Apa lagi berkongsi rasa
Hati ini
Bukan sengaja untuk merasa
Tapi mungkin sudah sampai masanya
Untuk kulepas rasa yang dulu
Tapi hati ini
Tetap ragu keliru
Dengan rasa ini
Adakah ianya sebenar benar rasa
Atau sekadar seketika
Tapi tetap juga hati ini
Takut gerun
Kalau nanti aku kecewa lagi
Kenapa...

Tuesday, 22 June 2021

Ayat Ayat Cinta

Kerana terlalu mencari dia
Aku terlupa Dia
Kerana terlalu fikirkan dia
Aku jarang berzikir untuk Dia
Takkan aneh 
Kalau segala isi hatiku 
Bagai disekat
Bagai ada tirai yang menghalang
Ya Allah
Aku Tak sempurna
Tapi menginginkan yang sempurna
Ya Allah
Aku hamba berdosa
Tapi ku damba yang terindah
Ya Allah
Tolong redakan hati ini
Untuk menerima takdir terbaik darimu




Wednesday, 7 April 2021

Penat

Langit Tak selalu cerah
Begitu juga hati ini
Diuji dan diuji
Tak selalunya bahagia
Berperang dengan perasaan
Berperang dengan fikiran
Merasakan diri ini
Yang paling teruk
Aku Tak pinta jadi begini
Tapi aku diuji sehebat ini
Selalu aku merasakan 
Aku menyesal setiap yang terjadi
Aku sedih
Sedih sangat.

Saturday, 20 March 2021

Tak selayaknya untuk dia

Orang hebat untuk yang hebat
Orang baik untuk yang baik
Orang jahat untuk yang jahat
Hakikat sebenar hidup ini

Sememangnya aku 
Tak selayaknya untuk dia
Walau beribu doa untuk jadi miliknya
Tetap aku tidak selayaknya untuk dia

Juga walau beribu kali
Ku kata mahukan dia
Tetap jua yang lain berkata
Aku tak selayaknya untuk dia



Sunday, 14 March 2021

Kabur

Awan ku kini mendung kelabu
Tiada pelangi tiada warna
Rasa kelam Tak mampu bernafas
Rasa sakit Tak mampu bertahan
Masih kuatkah untuk bertahan
Untuk hidupku yang masih bersisa

Ya Allah
Aku Tak pernah rasa seteruk ini
Rasa terabai sebegini
Rasa diri tiada walau berdiri

Aku hilang kata
Hati remuk bagai pecah kaca
Mata suram menahan jernih mutiara
Yang akhirnya jiwa derita
sengsara.

Kenapa...