Sebuah buku kuliah ku capai yang bertajuk Qoah Bahas Usul
Feqh, subjek yang mana agak killer bagi pelajar Syariah tahun 1. Pada mulanya aku
mahu menghafal untuk beberapa muka surat memandangkan peperiksaan akhir fasa 2
sudah tak lama lagi tapi tiba tiba aku teringatkan mimpi aku sebelum subuh
tadi. Ya, aku mimpi arwah ayah su.
Cepat cepat aku berpaling daripada meja studi kepada roommate
aku, Nana.
“Nana".
“Yer,ada apa”.
“Aku mimpi arwah ayah su aku subuh tadi , rasa lain sangat”.
“Oh yeke , mungkin kau kurang sedekahkan al fatihah kot ,
sampai ayah su datang dalam mimpi kau”. Kata nana.
Dushhh , cepat cepat aku pegang dada aku , allahu rasa sebak
dalam hati ini. Ya aku mengaku sejak kebelakangan ini aku dah jarang sedekahkan
alfatihah kapada ayah su, asyiknya aku
dengan dunia ni.Laju bibir menutur surah alfatihah.
Sudah hampir 5 tahun arwah ayah su tinggalkan kami semua
,ayah su sangat baik selalu lebihkan orang lain dari diri sendiri, kalau
diceritakan semua kebaikan arwah takkan mampu aku menulisnya. Cukuplah aku katakana
bahawa arwah teramat baik orangnya. Masih
lagi aku teringat perbualan aku bersama arwah dan aku kira itu perbualan yang terakhir
bagi aku.
5 tahun sebelum.
Aku diberitahu oleh ayahsu yang tokmek tak sihat kena admit
kat hospital jadi petang khamis ayah su akan datang ambil aku sekeluarga pulang
ke kampung umi. Tapi umi, ayahsu hantar ke hospital dulu untuk tukar giliran
dengan mak saudara aku yang lain. Dalam perjalanan pulang itu aku ada berkata
sesuatu.
“Kalau tokmek tak sakit rasanya tak balik kot kampung umi,
yela cuti sekejap je, pastu takut susahkan ayahsu je nak kena hantar ambil
kiteorang”. Panjang omongan aku.
“habis kalau ayahsu takder nanti kaklong balik tak?.katanya
sambil tersenyum.
"Hish!! apa cakap merepek nih". balas aku takut takut.
"Hish!! apa cakap merepek nih". balas aku takut takut.
Terkejut aku dengan jawapan dia, aku yang pandang jalan
terus pandang dia di sebelah aku , adik adik aku yang lain ada di belakang ada yang tidur ada yang sedang melihat ke luar tingkap kereta dan dia masih lagi dengan senyumannya.
Aku tak tahu kenapa sebegitu rasa aku bila ayah su kata
begitu, dan aku dapat rasa kalau itu yang terjadi aku tak mungkin dapat hadapi
detik itu dengan baik, aku tak mampu kalau ayah su tak ada. Nanti tiada siapa
lagi tempat aku bermanja. Sungguh selepas perbualan itu malamnya aku tak dapat
tidur lena.
Kesihatan tokmek semakin baik dan doctor sudah benarkan
tokmek pulang ke rumah. Cuti aku dan adik adik yang lain dah habis, biasalah
balik hujung minggu. Petang sabtu itu keluarga aku bersiap siap untuk pulang seperti
biasa ayah su lah yang akan menghantar kami pulang ke rumah, abah aku kerja kat
luar negeri dan tak mungkin balik untuk beberapa hari , jadi bila ingin balik
kampung atau ada cuti sekolah panjang ayahsu lah yang akan ambil kami. Hati aku
berasa lain sangat saat tibanya kami di rumah saat aku salam ayah su rasa tanak
lepas. Lalu ayahsu pulang , aku hantarkan dengan pandagan yang rasa gelisah
sangat tapi ku tepis , innshaAllah tak da apa apa, pujuk aku.
Tapi sebenarnya itu petunjuk arwah nak tinggalkan kami. Lepas beberapa hari, aku dikejutkan dengan berita kemalangan arwah, sungguh waktu itu bagai hilang separuh jiwa aku, bagai tak dapat terima hakikat ini, hakikat dari ilahi. Arwah di langgar lari sewaktu perjalanan ke tempat kerja dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Betapa luluh hati ku saat melihat jasad arwah yang tak bernyawa tiba dirumah, sayu hati aku, keadaan rumah waktu itu amat suram sekali betapa ramai yang meratapi pemergian ayahsu.
Sejak dari itu, aku belajar menerima kehilangan yang tersayang. Seandainya aku tahu akan waktu ajal arwah pasti aku akan luangkan masa sehabis mungkin dengan arwah. Sedih aku tak dapat diungkap, air mata berganti air mata jatuh sehingga kering air mata ini terpaksa menerima hakikat yang ayah su dah pergi untuk selamanya. Tapi tiada dayalah aku untuk itu. Ayahsu ketahuilah anak saudara mu inilah yang pertama kau lihat, yang selalu kau dukung bawa ku jalan jalan di kampung, yang selalu kau buli goreng nugget goreng keropok, yang selalu ajak keluar dating dekat pasar malam masa malam raya.
Sejak dari itu, aku belajar menerima kehilangan yang tersayang. Seandainya aku tahu akan waktu ajal arwah pasti aku akan luangkan masa sehabis mungkin dengan arwah. Sedih aku tak dapat diungkap, air mata berganti air mata jatuh sehingga kering air mata ini terpaksa menerima hakikat yang ayah su dah pergi untuk selamanya. Tapi tiada dayalah aku untuk itu. Ayahsu ketahuilah anak saudara mu inilah yang pertama kau lihat, yang selalu kau dukung bawa ku jalan jalan di kampung, yang selalu kau buli goreng nugget goreng keropok, yang selalu ajak keluar dating dekat pasar malam masa malam raya.
Anak saudara
mu ini merindukan mu ayah su.
AlFatihah....
AlFatihah....