Sunday, 16 June 2019

Kesayangan Nunaa




Sebuah buku kuliah ku capai yang bertajuk Qoah Bahas Usul Feqh, subjek yang mana agak killer bagi pelajar Syariah tahun 1. Pada mulanya aku mahu menghafal untuk beberapa muka surat memandangkan peperiksaan akhir fasa 2 sudah tak lama lagi tapi tiba tiba aku teringatkan mimpi aku sebelum subuh tadi. Ya, aku mimpi arwah ayah su.
 Cepat cepat aku berpaling daripada meja studi kepada roommate aku, Nana.

“Nana". 

“Yer,ada apa”.

“Aku mimpi arwah ayah su aku subuh tadi , rasa lain sangat”.

“Oh yeke , mungkin kau kurang sedekahkan al fatihah kot , sampai ayah su datang dalam mimpi kau”. Kata nana.


Dushhh , cepat cepat aku pegang dada aku , allahu rasa sebak dalam hati ini. Ya aku mengaku sejak kebelakangan ini aku dah jarang sedekahkan alfatihah kapada ayah su,  asyiknya aku dengan dunia ni.Laju bibir menutur surah alfatihah.

Sudah hampir 5 tahun arwah ayah su tinggalkan kami semua ,ayah su sangat baik selalu lebihkan orang lain dari diri sendiri, kalau diceritakan semua kebaikan arwah takkan mampu aku menulisnya. Cukuplah aku katakana bahawa  arwah teramat baik orangnya. Masih lagi aku teringat perbualan aku bersama arwah dan aku kira itu perbualan yang terakhir bagi aku.

5 tahun sebelum.
Aku diberitahu oleh ayahsu yang tokmek tak sihat kena admit kat hospital jadi petang khamis ayah su akan datang ambil aku sekeluarga pulang ke kampung umi. Tapi umi, ayahsu hantar ke hospital dulu untuk tukar giliran dengan mak saudara aku yang lain. Dalam perjalanan pulang itu aku ada berkata sesuatu.

“Kalau tokmek tak sakit rasanya tak balik kot kampung umi, yela cuti sekejap je, pastu takut susahkan ayahsu je nak kena hantar ambil kiteorang”. Panjang omongan aku.

“habis kalau ayahsu takder nanti kaklong balik tak?.katanya sambil tersenyum.

"Hish!! apa cakap merepek nih". balas aku takut takut.

Terkejut aku dengan jawapan dia, aku yang pandang jalan terus pandang dia di sebelah aku , adik adik aku yang lain ada di belakang ada yang tidur ada yang sedang melihat ke luar tingkap kereta dan dia masih lagi dengan senyumannya.

Aku tak tahu kenapa sebegitu rasa aku bila ayah su kata begitu, dan aku dapat rasa kalau itu yang terjadi aku tak mungkin dapat hadapi detik itu dengan baik, aku tak mampu kalau ayah su tak ada. Nanti tiada siapa lagi tempat aku bermanja. Sungguh selepas perbualan itu malamnya aku tak dapat tidur lena.

Kesihatan tokmek semakin baik dan doctor sudah benarkan tokmek pulang ke rumah. Cuti aku dan adik adik yang lain dah habis, biasalah balik hujung minggu. Petang sabtu itu keluarga aku bersiap siap untuk pulang seperti biasa ayah su lah yang akan menghantar kami pulang ke rumah, abah aku kerja kat luar negeri dan tak mungkin balik untuk beberapa hari , jadi bila ingin balik kampung atau ada cuti sekolah panjang ayahsu lah yang akan ambil kami. Hati aku berasa lain sangat saat tibanya kami di rumah saat aku salam ayah su rasa tanak lepas. Lalu ayahsu pulang , aku hantarkan dengan pandagan yang rasa gelisah sangat tapi ku tepis , innshaAllah tak da apa apa, pujuk aku.

Tapi sebenarnya itu petunjuk arwah nak tinggalkan kami. Lepas beberapa hari, aku dikejutkan dengan berita kemalangan arwah, sungguh waktu itu bagai hilang separuh jiwa aku, bagai tak dapat terima hakikat ini, hakikat dari ilahi. Arwah di langgar lari sewaktu perjalanan ke tempat kerja dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Betapa luluh hati ku saat melihat jasad arwah yang tak bernyawa tiba dirumah, sayu hati aku, keadaan rumah waktu itu amat suram sekali betapa ramai yang meratapi pemergian ayahsu.

Sejak dari itu, aku belajar menerima kehilangan yang tersayang. Seandainya aku tahu akan waktu ajal arwah pasti aku akan luangkan masa sehabis mungkin dengan arwah. Sedih aku tak dapat diungkap, air mata berganti air mata jatuh sehingga kering air mata ini terpaksa menerima hakikat yang ayah su dah pergi untuk selamanya. Tapi tiada dayalah aku untuk itu. Ayahsu ketahuilah anak saudara mu inilah yang pertama kau lihat, yang selalu kau dukung bawa ku jalan jalan di kampung, yang selalu kau buli goreng nugget goreng keropok, yang selalu ajak keluar dating dekat pasar malam masa malam raya.

 Anak saudara mu ini merindukan mu ayah su.
AlFatihah....

No comments:

Post a Comment