Musim orang balik Malaysia sudah pun tiba , malah yang balik
lepas periksa pun dah ada. Dan ya aku masih belum pulang lagi ke Malaysia ,
perasaan masih tak dapat lagi balik Malaysia tu macam sukar untuk aku gambarkan
, ada perasaan mula nak homesick , bukan mula tapi dah homesick dah pun. Perasaan
sedih rindu semua ada , agak cemburu jugak dengan orang yang boleh balik bahkan
ada jugak balik last minute , emergency haihh macam macam. Seandainya aku
memang tak lah kan.
Beberapa hari lepas, aku dikejutkan dengan cerita yang bagi
aku sangat tak adil sekali. Alin sepupuku ceritakan masalah yang berlaku
sepanjang keberadaan aku di sini , beginilah nasib bila duduk jauh dari
keluarga apa apa jadi aku tak mampu untuk berbuat apa hanya mampu kirim doa
sahaja. Banyak sebenarnya dah berlaku sepanjang 2 tahun keberadaan aku di sini
, hati ini beberapa kali bergelora , bagai ingin pulang sekarang jugak. Tapi disebabkan
tanggungjawab aku yang satu ini aku tabahkan hati untuk bertahan.
Kadang kadang sampai kering air mata ini menahan rasa, tak
mampu untuk aku ceritakan pada siapa hanya mampu memendam rasa di dalam hati
yang tengah rapuh.
Berbagai angan aku angankan sesudah aku sampai Malaysia nanti
, nak buat itu nak buat Ini, dan pastinya untuk fix what should be fix. Tapi ,
bisakah aku ada kuasakah aku layakkah aku. Dan balik aku nanti adakah ada yang
peduli ,adakah ada yang rindu.
Dan ku tamatkan tulisan ini dengan rasa keliru.
No comments:
Post a Comment