Thursday, 19 March 2020

Hilang

Melewati hari-hari ku di bumi ardhul kinanah, sehinggakan aku terlupa sisi diri ku yang lain. "Kejap, terlupa atau aku yang berputus asa?" Monologku, sambil tersenyum sumbing.

Mengemaskini kembali laman blog ku, tempat luahan rasa yang aku kira dah berdebu, dah takder feel dah kalau nak menulis kembali. Kalau tak kerana junior aku yang terbaca blog aku, aku rasa blog ni dibiarkan tergantung sepi. "Eh, macam tajuk lagu". Heheh.

Pada mulanya, aku terkejut giler bila junior aku kata dia ada terbaca blog aku, aku dah cuak weh. Semua luahan rasa, aku simpan di blog itu, manalah aku tak terkejut beruk wehh.
Cepat-cepat malam tu jugak sebelum tidur aku delete segala yang tak penting, kemaskini apa-apa yang tak patut. Takut-takut kalau orang lain pulak yang baca, haduhhh haruuu.
Tapi, aku lupa email aku terang-terang nama si empunya blog, tapi harapnya takder siapa-siapa yang membaca lah eah.

Kenapa lama tak update? Well, I kept asked myself the same question. Still, aku takder jawapan untuk itu. Boleh jadi, semangat aku yang berkobar-kobar dulu itu dah hilang kerana kelemahan aku ini, aku tak hebat macam orang lain, apa yang aku tulis aku simpan, apa yang aku nak suarakan aku diam, aku jadi putus asa untuk itu.

Kadang-kadang aku juga menulis, tapi akhirnya delete yang menjadi sasaran jari ku. Penat berbalah dengan jiwa sendiri, akhirnya air mata yang menjadi teman tidurku di malam hari. Jadi aku memilih untuk hilang.

Mungkinkah semangat itu akan kembali?
Entah, aku tak yakin dengan diri aku sendiri, aku takut untuk keluar dari kelemahan aku sendiri. Aku terlalu berlembut dengan diri aku, sehinggakan aku menjadikan jiwaku ini sang pengecut. Bukan aku tak cuba, tapi tetap akhirnya aku memang tak mampu. Ya, aku tak mampu.

I tried myself so many times but still I did nothing.
Just nothing. I feel sorry for myself.

No comments:

Post a Comment