Sesungguhnya setiap keputusan yang Kita buat, yang pertama sekali macam mana reaksi kita terhadap sesuatu perkara, adakah kita cepat melatah, melenting? Adakah kita anggap ia sebagai ujian dari Allah? Ujian inilah yang mengajar kita cara nak berdepan masalah juga sejauh mana pergantungan kita dengan Allah.
Keliru, buntu, celaru macam mana sekali pun, bertenang serahkan kepada Allah masa ni lah kita akan tahu kita ni matang ke tak nak atasi masalah atau sesuatu perkara.
Aku ada cerita, waktu tu aku stress yang amat sangat, aku kena buat suatu keputusan. Aku paling takut nak buat keputusan, prinsip aku dari dulu adalah "follow the flow". Tapi aku rasa prinsip tu macam tak boleh nak guna untuk situasi aku masa tu. Sampailah satu hari tu aku ada baca satu artikel. Artikel tu betul betul menyentap jiwa ouchh. Artikel itu tentang seseorang menceritakan tentang gurunya itu, gurunya itu takkan tinggal solat istikharah, sekiranya beliau tak buat istikharah pada hari tersebut, segala mesyuarat dia minta untuk tangguh, juga sebarang keputusan beliau takkan buat.
Masyaallah, tinggi sungguh pergantungan beliau dengan Allah, kita fikir istikharah tu bila nak kahwin, bila nak pilih sambung belajar mana, padahal sepatutnya istikharah itu perlu setiap hari. Sebab setiap hari akan ada saja keputusan yang kita kena buat, keputusan itulah yang menjaga kita dari menyesal atau sebagainya, sebab awal awal lagi kita dah letak pergantungan dan pengharapan Kita kepada Allah. Jelaslah, buntu mu itu ada penyelesaiannya.
#mewrites