Saturday, 9 May 2020

Sekadar Luahan


Dah lama aku tak post apa-apa entry kat blog, hati nak menulis tapi tuannya pemalas nak mati. Lagi struggle bila sekarang ni musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Untuk makluman yang membaca, dunia sekarang dilanda wabak Covid 19. Haa tahu ke tak? Aku tak nak cerita panjang jadi korang boleh search for more information about Covid 19 at any suggested site . Back to the main point, aku sebenarnya agak stress la jugak sekarang ni, fikiran agak bercelaru, otak beku, dah macam orang gilakk kot. Tapi alhamdulillah iman masih lagi tebal didada walau kadang-kadang tu mesti aku akan futur(lemah) kejap. Mana lah aku tak futur, duduk rumah sepanjang hari doing nothing, well I did all the dean things. But sometimes, aku terfikirkan Malaysia.

Aku tak pernah balik Malaysia since datang Mesir, dan aku dah rancang cantik-cantik yang bulan 7 ni aku akan fly balik Malaysia bercuti. Tapi bila diuji sebegini rupa, aku agak kecewa. Which is aku tak boleh balik Malaysia dengan keadaan Covid 19 sekarang ni. Lagi gerun bila Mesir tak ada menunjukkan pun kadar penurunan kes, seperti kata Presiden Mesir kalau tak silap “naish ma’a corona” maksudnya” kita hidup bersama corona”. Aku dah macam hapee bila dengar statement tu. Ya Allah sabo je lah.Ya aku tahu apa yang berlaku itu ada hikmahnya, dan aku pastilah bersangka baik dengan Allah. Cuma, entahlah. Dan bila jadi macam ni, ia betul-betul mengajar aku untuk tidak berharap kepada sesuatu perkara yang kita nakkkan sangat. Aku dah banyak kali kecewa, terkilan, sedih dia memang takleh bawak bincang weh. The end of the day, I’m just follow the flow. Dah tak nak berharap lagi.

Tak ada benda dah aku nak cakap, sekadar luahan yang terpendam sahaja. Doakan semoga Allah lenyapkan wabak covid 19 ini. Semoga kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Doakan aku supaya boleh balik Malaysia tahun ni, dan doakan aku juga supaya dipermudahkan perjalanan degree aku di Universiti Al Azhar.