Wednesday, 28 October 2020

Tidak lagi

Seringkali tersakiti
Sang hati berduka lagi
Apa lagi hai hati
Yang akan terjadi selepas ini
Kau tetap di hati
walau kita dah jauh berlari
Aku sangka masih dihati
Rupanya hati dah tak sama lagi

Disuruh aku tuk jaga hati
Buat aku fikir kau masih menunggu ku lagi
Tapi mengapa
Kau katakan aku kawan sahaja
Apa aku di matamu
Hanya kawan sahajakah
Apa aku di matamu
Bila kau salahkan aku untuk segalanya

Apa mahu mu
Untuk pertemuan ini
Mahu menambah benci
Disaat sayang Mula kembali


Sunday, 18 October 2020

Aku sangka

Aku fikirkan aku bebas
Untuk buat yang aku inginkan
Aku fikir aku bebas
Kerana ku rasa aku dah besar

Sangkanya begitu 
Bila dewasanya aku

Aku sangka tiada apa
Rupanya banyak yang terpendam
Banyak yang sepi bermuram
Aku sangka tiada apa

Aku lihat bahagia
Tapi jauh dalam jiwa derita
Aku lihat bahagia
Rupanya terluka lama

Inilah hidupnya
Pasang surut lautnya

Saturday, 17 October 2020

kamu

Kamu
Hadir serikan hati
Merawat luka pedih dihati

Kamu
Aku tinggalkan demi cita
Untuk nanti demi cinta Kita

Kamu
Tak pernah aku lupa
Selalu terikat ku rasa

Kamu
Kembali lagi meneka rasa
Perhatian mu jua ku rasa
Sehingga berkata aku
Ada rasa lagi kah untuk Kita

Kamu
Buat aku selesa
Buat aku cinta
Untuk sayang yang masih bersisa

Kamu 
Buat ku mula rasa 
Rasa yang aku hanya sementara
Rupanya benar 
Aku untukmu cuma seketika

Kamu
Terima kasih untuk rasa ini
Walau perit untuk diterima hati