Wednesday, 22 August 2018

Luluhnya Sebentuk Hati


Di kala ini remuk redam jantung hati ku
Mengenangkan sebuah perasaan yang hancur
Perasaan yang sarat dengan harapan
Luluhnya hati Si perantau
Ku tahu ini ujian ku
Tapi tetap hati ini berduka
Aku tahu semua ini pentingkan diri sendiri
Tapi apalah aku hamba Mu yang kerdil ini

Aku bertahan kerana tegasnya Iman ku
Aku bertahan kerana cinta ku pada mereka
Aku bertahan kerana kuatnya sebuah perasaan
Perasaan yang aku hanya mampu berserah
Berserah kerana kekecewaan ini

Seandainya aku mampu
Aku akan terus bertahan
Seandainya tidak
Kirimkan daku insan yang dapat pimpin aku
Yang dapat beri aku kekuatan.