Sunday, 1 July 2018

Aku

Aku.

Aku bukan perempuan yang lahir sahaja sudah cantik atau baik , bukan sempurna semua melainkan jasad aku. Aku membesar dengan pelbagai cabaran , berbagai bentuk dugaan , semua itulah yang mematangkan aku sehingga sekarang, sehingga aku boleh membuat keputusan yang mana salah dan yang mana betul. Aku manusia yang Allah jadikan aku itu manusia yang berperasaan , yang kadang kadang sedang gembira tiba tiba sedih , dan kadang kadang sedang sihat sekelip mata Allah bagi sakit.

Aku dari lahir lagi dibesarkan di pelbagai negeri , aku nomad. Kadang kadang pindah situ , pindah sana ia mengajarkan aku bahawa untuk meneruskan hidup ini bukan mudah. Perlukan kekuatan minda sokongan, dorongan. Sesungguhnya , waktu itu aku berfikir apa sebenarnya matlamat hidup aku sampai sebegini rupa aku harus lalui.

Dan aku tahu apa yang jadi pada masa lalu itu untuk ajar aku supaya tak mudah melatah dengan dugaan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment